Wednesday, December 9, 2009

FLYERS

Kempen edaran 'Flyers'celik pendidikan bestari telah dimulakan di seluruh negara bagi membuka minda orang ramai mengenai pentingnya dan keberkesanan pembelajaran secara online kepada anak-anak di samping menjadi serampang dua mata menjana pendapatan sampingan keluarga.
Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama Leader Pendidikan Bestari Wilayah Tengah 2.Diharap dengan adanya seperti kempen ini dapat memberi kesedaran dan dapat mewujudkan masyarakat celik pendidikan bestari.
 

Tuesday, December 8, 2009

PENDIDIKAN BESTARI ROADSHOW

IPOH, 5 Dis.-Syukur ke hadrat ilahi dan tahniah kepada AJK induk Pendidikan Bestari kerana telah berjaya menganjurkan Pendidikan Bestari Roadshow 1 yang dinamakan Program Bina Usahawan Pendidikan 2010 di Dewan Terbuka Kemas, Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh.
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Kaunselor Tuan Hj. Nasir B. Hj. Ismail, ahli Majlis Mesyuarat Dewan Bandaraya Ipoh.

Majlis yang buat julung kalinya dikelolakan oleh Jawatankuasa Pendidkan Bestari ( Anak Perak Cemerlang ) bersama dengan Cikgu Online dan Koperasi Bina Usahawan Selangor Berhad (KOBINA) di sini telah mendapat sambutan dan diakui keberkesanannya sebagai satu program bagi meningkatkan taraf mutu pendidikan anak-anak dan menjamin kecemerlangan mereka pada masa hadapan.


Walaupun pada awalnya hujan telah turun agak lebat di sekitar bandaraya Ipoh, tetapi ianya tidak melunturkan semangat setiap tetamu yang hadir. Seramai lebih 30 orang telah bersama-sama hadir dari setiap pelusuk di daerah dan negeri seperti, Tasek, Gunung Rapat, Taiping, Kulim dan Pulau Pinang dan lain-lain.


Menurut AJK Induk Pendidikan Bestari selepas ini ROADSHOW 2 bakal menyusul dan menemui penduduk-penduduk di kawasan Putrajaya.Kepada yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut boleh menelefon AJK Induk En. Zahardi ( Ahcai N9 ) di talian 012-6864438. Kepada yang berminat untuk menyediakan booth bagi tujuan promosi barangan komputer, talian internet broadband atau streamyx dan sebagainya juga boleh menghubungi AJK Induk untuk tujuan promosi pada roadshow tersebut.



Monday, December 7, 2009

Program Score A

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Di dalam hati, kita sering menaruh harapan terhadap anak-anak. Tanpa disangkal lagi, banyak faktor luar yang turut menyumbang di dalam pembentukan kehidupan anak-anak. Walaubagaimanapun sebagai ibubapa, kita mampu memberikan kelebihan dititik permulaan kepada mereka sejak dari awal lagi.

'Mahu atau tidak , itulah persoalannya' ("To be or not to be, that is the question") kata-kata masyhur yang dipetik dari Hamlet oleh Shakespeare yang mana kita selalu bertanya pada diri kita dan terutamanya anak-anak kita. Apakah mereka akan jadi? Apakah yang kita inginkan mereka jadi? Yang penting sekali, apakah kita tidak ingin mereka jadi? Perbezaanya ialah, sejauh manakah kita sanggup berkorban untuk masa depan anak-anak kita.

SERTAI KAMI SEKARANG untuk memajukan anak-anak kita untuk terus cemerlang dalam pendidikan.